Pages

Wednesday, January 26, 2011

Teringat Pulak Time Jadi Penceramah Jemputan di kem PLKN

Salam,
Setelah menamatkan pengajian, kami bakal2 guru menunggu untuk penempatan.memang lama ya nak tunggu.So mula la mencari keja sementara.Akhirnya dapat jugak.Sebagai penceramah jemputan starza(tp sbnrnya tugas dia lebihkurg cm fasilitator and pengajar) utk modul interasi di kem plkn selama seminggu iaitu dari tarikh 16 gos 2010-20 ogos 2010(time tu puasa).bayaran memang masyyuuukkkk...tapi yang lebih penting sebenarnya adalah pengalaman yang akan ditimba.(

Saya telah ditugaskan di kem plkn tegas mesra, perak bersama 7 org lagi penceramah.kami sbnrnya dah diingatkan bahawa pelatih2 kali ini mempunyai masalah disilin yang tinggi. dahla tengah bulan puasa ka.****naktau, ramai pelatih yang ditangkap tidak berpuasa...laki n pempuan,dua2 buat prngai..ya allah..

so kami perlu bersabar dengan setia sikap mereka.Sampai sana berkenalanla kami 8org:
mila, apai,kak sarah,hyeda,kak zue,firdaus,khairul,sorg lg dh lupe nama dia.hehe.(kami xpernah kenal sblum ni, then bila p sana baru berkenalan dan menjadi rapat selama seminggu). Sampai ja sana kami meeting cara pembahagian pelatih dan cara nak handle program selama seminggu ni.






Kat sana, mula2 tu mmg "kureng _ _ _ _" kbykan budak2 tu.xhormat lgsg.siap mencarut kat kami2 yg penceramah ni.Bayangkan sewaktu majlis penyerahan pelatih2 ni oleh komander kat sana kepada kami, diarang siap boleh mencarut2 lagi.sbb bg diarang kami ni diarang x takut sebab yang diarang takut adalah komander kem n jurulatih2 kem.kami semua dlm 8 org.km mmg dah diingatkan yg kbykan budak yg siri 3 ni mmg kureng skit.dalam hati ni xpe2 sabar. so lepas segerombolan budak2 tu dbhgikan kpda 8 gorup, kami penceramah ni amik la sorang satu group.

Then bawak masuk kelas. Di sini kami diingtkan menggelar pelatih plkn sbg wira dan wirawati. Dan para pelatih wajib memanggil kami sbg cikgu.itu adalah peraturan di dalam kem. Mula2 susah gila nak handle budak2 "buas" ni.Then ade sorg ni pelatih laki yg sgt kureng ok. Dia cakap "$#^^&&%$@#"...mencarut okeh.Dia siap amik botol air minum depan2 saya dan gelak siap cakap apa la cikgu puasa.(wira ni berbangsa cina).Saya tak salahkan dia jadi camtu sebab saya tau mesti ada punca yang buat dia jadi cmtu.Then menggunakan ilmu psikologi sy terus cakap,

Saya : "Wira, muka kamu nampak familiar. Macam sahabat saya di U dulu.Urmmm, saya rs sy nak lantik wira jadi ketua disiplin sepanjang program ni berjalan.sebab dr tadi sy tgok wira seorang yg berani dah boleh dipercayai.saya tertarik dgn perwatakan wira"

Wira J : "ermmm, cikgu lantik saya???cikgu percaya ngn saya?"...(tertumpah air yg dia minum).."lu tau arrr cikgu, saya ni tarak baik punya orang.apa pasal mau lantik saya.gila luuuuu"..(sakit nya hati saya, tp xpe sabar2..)

Saya : " Ya wira.wira kena berani amik tugas ni.wira kena pastikan semua pelatih turun kelas dan program tepat pada waktunya.tu pun kalau wira betul berani la.saya cabar wira jaga disiplin group ni.tapi kalau xberani jadi ketua disiplin ok la, saya nak lantik wirawati pulak..hai..takkan xberani kot"

Wira J : "Cikgu, u jgn ingt saya takut ka.Ok saya terima, "..(sempat lg dia jawab dgn kurenng ye.xpe2 sabar mila..sabar...)

So start dari tu si wira J ni mmg akan make sure gorup bawah saya ni dtg awal. Budak2 laen sgt takut ngn dia coz dia ni salah sorg otai di situ.siap ada tatu besar lg. Setiap kali ceramah n klas nak mula, dia akan kata "cikgu tgok cmna saya urus.semua dtg tepat masa"..Dalam hati rasa nak tergelak je.Bukan ape, taktik dah menjadi.kelas jadi aman damai, bdk2 dtg awal. si wira J dah xjd kurennnggg sbb sbg ketua disiplin dia mn bloeh kureeennnggg.klu x dia xlayak la....

Ada satu hari tu, saya masuk kelas. Kemudian semua wira/wirawati tengok saya pelik ja.Saya pun hairan.Bila saya nak duduk atas kerusi tiba2 sorang ni panggil saya.'Cikgu!!!!', Saya pun xjd duduk n tanya dia kenapa.Dia datang depan n cakap nak p toilet, dlm masa yg sama dia bg isyarat mata suruh saya tengok kat kerusi tu. Ya Allah, kerusi saya penuh dengan gam, n kotor. Tapi saya buat2 tak nampak. Then idea datanggggg...hehe
*(semua pelatih tau wira J yang letak, cuma diarang xberani nak bukak mulut bgtau, nasib baik si wira A ni baik)

Saya : Wira J, datang depan.amboi segak sungguh.ok, pelatih semua kena berpakaian segak camni.tgok ketua disiplin kamu, contohi dia(dalam hati rasa nak sekeh je..hehe). Wira J, since kamu ni nampak sgt berani dan merupakan ketua disiplin saya bagi penghargaan utk kamu. Semua pelatih duduk atas lantai ja, kamu saya bg duduk atas kerusi sebab senang sikit kamu nak tgok sapa yang buat hal dalam kelas saya.Ambil kerusi ni dan duduk di hujg sana"

Wira J : Tapa cikgu, saya mau duduk atas lantai.

Saya : Ok skrg bawa kerusi ni p duduk sana

Wira J : Cikgu....saya mau cakap sikit di luar boleh?

So di luar tu wira J cakap, cikgu apa pasal cikgu baik sama saya.Puji2 saya.Sebenarnya saya sudah mau buat jahat sama cikgu.itu kerusi saya sudah letak gam.Saya mau kasi cikgu malu.Tapi cikgu sgt percaya and baik sama saya.



Saya pun pura2 terkejut. owh yeke.Wira,kamu tak baik buat mcm tu.kita tak boleh aniaya org lain.Tak kira la dgn kwn2 satu kem or dengan org yg mngjar kamu.Semua yang ada di sini syg wira , jgn sampai semua org benci nanti bila kita dlm kesusahan semua org xnak tolong kita.Saya tau hati wira ni baik, cuma wira xsedar.So belajar menjadi seseorang yang berhati baik.

Then perjalanan program n ceramah hari tu pun diteruskan tanpa ada gangguan.Wira J pulak mcm mengalami krisis identity.Dia sbnrnya cuma nak berlagak otai.Tapi dalam hati dia ada taman..hehe. I mean hati dia tu baik.Kita la yang kena pupuk n biar dia tau yang mana baik n yang mana salah.

So banyak kenangan bersama mereka2 ini yang mematangkan saya sebagai seoarg guru nanti. yang paling terharu wira J cakap, cikgu sampai hari ni saya hairan kenapa cikgu seorang saja yg percaya saya dan bg jawatan kat saya.saya ni jahat tau cikgu.sy ni otai.semua org takut dengan saya.saya buat mcm2 kes dlm kem ni.jurulatih kem selalu denda saya.tapi saya bangga ooo cikgu bila kena denda sebab baru semua org tau saya berani. aisehhhhh camtu lak si wira J ni define keberanian.

Saya dengan slumber jawab..."wira, sebenarnya kamu ni sgt istimewa sbb boleh semua org akur perintah kamu.cuma salahnya bila kamu tak hormat dengan org2 yg sepatutnya kamu hormat.kamu x jahat cuma kamu nakal.lagipun cikgu susah tau nak percaya dengan org, tapi tgok kamu cikgu dah yakin kamu pelatih yang hebat sebab tu cikgu lantik kamu sbg ketua disiplin.lagi satu keberanian bukan bermksud kamu buat salah n didenda menunjukkan kamu berani.tapi bila kamu nasihat benda yang betul buat benda yang baik sampai semua orang boleh berubah jadi baik, tu batu berani.berani membuat perubahan ke arah yang baik."..(sy ni bknnnya reti ckp n nsht sgt..idea n ayat ape yg dtg hentam ja...hehe)


dalam ni ade muke wira J...hehe

walaupun sikap wira J saya xdapat ubah sepenuhnya, namun saya bangga bila wira J dah mula fikirkn untuk berubah.Ok la kan, dari dia xsedar diri langsung.haha.Dia pun selalu chat di fb saya tanya kabar saya and cerita hal dia.(sekrg ni diarg dah hbis latihan.diarang hbis dlm bulan 10 or 9 tah thn lepas).mana2 yang boleh sy nasihat, saya nasihat.demi kebaikan dan keharmonian dalam negara.supaya mereka menjd insan yang berguna.

Apa yang ingin saya tegaskan adalah sebagai warga pendidik, kita harus menangani sesuatu mslh dengan sabar dan fikiran yang waras. Jangan terlalu emosional dan bertindak dengan bijak dalam menyelesaikan mslh pelajar. pelajar sekarang sebenarnya tidak seperti yang kita sangkakan.semuanya unsangkarable.mcm2 diarang boleh buat.kita yang perlu bijak tangani.(kunun2nya la...hehe)

Okla, sekadar berkongsi cerita..=)

Monday, January 24, 2011

Posting Oh Posting

Salam,

Setelah berjaya dalam temuduga posting akhirnya dapat tau keputusan posting.namun alangkah sedihnya sy dapat posting ke sarawak.tarikh keramat 18hb jan, posmen datang n panggl mintak sign.time tu dah boleh agak dah dapat surat posting ke sarawak..argghhhh terrrrjerit okeh.posmen tu cam bllllurrr...mesti dlm hati dia kata *xbetul ke budak ni...

Hari tu rasa suram sgt2...nak berjauhan ngn family nnti.bukannya sedih takut dpt pedalaman,xkisah pun tu semua.tp sedih sbb nak berjauhan ngn fmly.ssh nak balik kg kan..sejak 2-3 hari tu mmg xda mood sgt.palng sedih bila ayah n mak pun demam.bukan tu je, opah,tok,tokwan sekali sedih.hurmmmm..

Terfikir gak tggjwb sbg anak bila dah dok jauh ni kan.nak balik pun xle slalu.tu yg buat berat hati sgt2.faktor jarak tu...

Tapi bila difikirkan balik, kita sbg hambaNYA hnya mampu merancang.selebihnya ALLAH yang maha kuasa.DIA tahu di mn yg terbaek utk kita.sbg hambaNYA kita perlu akur dgn takdir.

Okayh, ni peta sarawak




Harapan sy semoga segala urusan di Sarawak dipermudahkan.amin..=)
Saya akan lapor diri di klang pada 7feb dan terbang ke sarawak pada 8feb.

Sunday, January 23, 2011

Owhhh...MY WORLD

Salam,

sebenarnya blog ni dah lama sgt dibuat.cuma dah berhabuk teruk sebab x diupdate.dulu blog ni garden of butterflies now kita tukar kepada MY WORLD. Then now terasa nak update sebab kawan2 satu kos (sains dengan pendidikan) sibuk mintak wat blog and selitkan pngamalaman mngajar.maklum la xlama lagi nak mngajar dah kan..sblum terlupa, saya postg ke sarawak..(yg ni akan wat entry laen pasal posting tu ok).

so nak menghidupkan suasana baru di blog yg lama ni, sy dah ubah url dia.and also template gak.xpela, sikit2 kita touch up blog ni and meriahkan 'MY WORLD"

Okla , cukup tu saja utk entry ni..bersambung di entry seterusnya..tunggggguu..=)

So dengan segala hormatnya WELCOME TO MY WORLD...=)

Saturday, November 14, 2009

yeahhhh...strikeeee XXXXX

Salam,

Mulai esok saya akan maen bowling smpai strike.esok 3 paper berturut2 kot.huhu.so umpama maen bowling saya akan jatuhkan kesemua pin - pin tu dengan jayanya ok.untuk jatuhkan pin pin tu kena ade strategi dan usaha yg sungguh2.selain itu, fokus yang amat penting.and last tawakal....

16hb - sciences,technology and society :830pg
17hb - modern physics : 1130
18hb - combinatorics : 1130

o0ooooooooo....STRIKE...yeahahhhh!!!

- ape yg org merapu ni????, hurmm exam smpai jadi bi0l..-
(tak sabar nak jatuhkan pin-pin tu)...

Friday, November 13, 2009

Panadol Activ Fast plssssssssssss...

Salam,

Semalam saket kepala sgt2. Tensi0n!!!..sbb ape??entah xtau.lagi 3 paper.16,17,18.dhla dua dari tu paper yg ssah gilerr kot.hurmmm...study2, then tiba2 rasa cam nak pitam. kepala berdenyut2 sesangat.makan panadol activ fast semalam.terus tdo.kul 2 pagi baru bangun.rasa lega sikit..jangan time exam nanti ia kembali menyerang..huhu. Dahla sakit ulser kat mulut ni.dah lama tapi xlega2.air berbotol2 dh minum.mndi smpai xlarat mandi dah.tapi alhamdulillah la, its going better. nway doakan saya selamat menjawab 3 papaer tu. wassalam.

-hari ni rasa bersemangat sikit untuk ulangkaji, sakit kepala pun dah hilnag~

Monday, November 9, 2009

Bila Pengantin Lama Naik Pelamin.hehe

Salam,


Actually, tengah berentap dengan exam.hehe.Tghri tadi baru lepas paper ke-3. so dat have three more papers to go which is this 16,17,18hb Nov. So this nite, nak rehat , lets blogging.hehe. tadi cam tgok2 kat folder my pic. Terjumpa satu folder ni, ada gambar kenduri kawen angah(anak maklang).Then the most interesting part, gambar2 pengantin lama di atas pelamin.hehe. Mengalahkan pengantin baru. Semua nampak masih muda dan bergaya.Cuma very sorry to makcik/pakcik and pakdak/makdak sebab gambar diarg takda. Xtau kenapa xda, juz ada yang pasangan2 ni ja. ni mak2 sedara and bapak2 sedara sebelah ayah saya.

maklong/paklong
-ada 4 anak, 2 dh kawen, dah ade 2 cucu



makngah/pakngah
-ada 9 anak, 3 dh kawen, dan ade 2 cucu


maklang/paklang
-ada 5 anak, 1 dah kawen, bakal dpt cucu xlama lagi


paknjag/maknjang (mak n ayah i la..hikhik)
-ada 4 anak, semua belajar lg


pakdak/makdak
-ada 3 anak, semua belajar lg
(alahai gmbar diarg xde,hurmmm...xpe2 if ade nnti sy upload len)

pakcik/makcik
-ada 3 anak, semua belajar lg


paksu
-belum kawen meh....hehe


------stdy2-------

Monday, November 2, 2009

My lovely asyraf !!

Salam,

today is my youngest bro bday.which is Mohamad Syamer Asyraf bin Zolkiflee. bday yang ke 11.semoga adik terus pnjang umo, murah rezeki dan diberkati Allah. dia sgt comel bila cakap.."kak xyah beli hadiah pun xpa, tapi kak balikla, nak buat majlis hari jadi nak jemput kawan2."

Adoila, cmne nak balik exam la adik oiii...sori ya.huhu.

asyraf time dh kurus, di pagi raya..luv u adik



time ni asyraf berisi sgt..sgt chumel ok




...ok la..stdy2...

(teringat sumone..hope dia baek2 sj)

wslm

Friday, October 30, 2009

Maaf Semua!!!

Salam,

Exam is juz around de corner. so dikesempatan ini, sy ingin memohon maaf kepada semua yang ade terasa hati atau ade yg sy wat salah. Kepada yg meluahkan rasa xpuas hati nak tumbuk saya, sy accept, and saya sekali lagi memohon maaf di atas segala kesalahan.

Semoga kita semua dapat menjawab exam dengan penuh yakin dan mendapat keputusan yang cemerlang.Insyaallah.

Sem nie semua sekali 16 jam kredit.tapi 6 paper. coz ade paper yg 2 jam, and ade paper yg 3 jam. hurmm...

5hb November : Linear Algebra II
6hb November : Technology In Math Education
9hb November : Statistic In Math Education
16hb November : Science, Technology and Society
17hb November : Modern Physic
18hb November : Combinatorics


paper2 kali ni agak mencabar jugakla.chaiyok mila..aja aja!!!



- harus fokus if dlm kuliah..hehe (dilarg bergambar) -

Wednesday, October 28, 2009

Mungkin Nanti...

Salam,

Tiba2 teringat time matrik dulu. Dulu matrik kat KMPP, batch 05/06.time tu leh kata semua org gila ar dengan lagu Mungkin Nanti, peter pan.kalau ade function, lagu ni mesti akan dimainkan byk kali.kawan2 yg non malay pun suka lagu ni.

Artis : PETERPAN
Lagu : Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Ku yakin inilah waktunya

# Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Korus:
Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi¡­
Satu pintaku jangan
Kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini¡­

Dan bila hatimu termenung
Bangun dari mimpi ¨C mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat bersamaku

Ulang Korus

Tak usah kau tanyakan lagi
simpan saja untukmu sendiri
semua saying kau cari
semua rasa yang kau beri

...saje nak update...sebab terngt time matrik dulu...

Gambar xde kena mengena ngn entry:time ni tengah rase makanan sarawak iaitu linut.sedap jugak..~ngeee

Tuesday, October 27, 2009

Pasaipa Balik Ramai2???

Salam,

Bercerita tentang bday tok saya. sebelum tu, tok ni panggilan untuk ibu kepada ayah saya.so 25 okt merupakan hari lahir beliau.tapi kami semua smbut pada 24hb okt.ramai la yang balik, kecuali family malang coz diarg dok kl.then ade la cucu2 yang xbalik sebab belajar.saya???walaupun blajar kat kl, tapi ngade2 gak balik.hehe.

so sebelum mgrib pada 24 okt tu semua pun balikla rumah tok.tok giler hairan siap tnay "mila, pasaipa semua balik ramai2 rumah tok ni?"..then tok wan menyampuk.."xsuka ka anak cucu balik rmai?"...

then time mgrib, kami semayang jemaah rmai2.then kami siap2 mkanan n letak kat ruang makan.tggu tok wan balik dari surau.adehh...isyak dh lepas lama, tokwan ni xbalik2 lagi.lapar gilerrr...

ni pic dgn tokwan time makan2...



then tokwan balik.semua cam muka ceria.bawak tok p kat tempat makan.tok cam heran kenapa ada kek n byk sgt mkanan.then kami ramai2 cakap, sambut bday tok.tau x ape tok cakap????

" la...esok (25 okt) hari lahir tok ka?tok pun xtau"

kami gelak je ramai2..adehhh..tok sendiri tak tau bday dia.then majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh tokwan.panjang gila doa, kami dh lapar kot..hehe..xbaik2..bgus la doa pnjg2.


ni tok saya....hehe



then dramatik lak..tok pun nangis2 terharu.perut dah lapar...tapi time ni semua cm sedih2 gak la.afer dat semua serbu makan.byk gilerr mkanan

senarai makanan,

bihun tomyam, rendang,ketupat,donut,ayam masak merah,daging masak dengan labu,gulai telor,serawa labu,buah-buahan,ulam2, sambal belacan,ikan bakar,sayur,agar-agar then ape lagi ek???dah lupa..byk sgt.xsempat nak rase semua.

paksu siap cakap.."mila, makan sikit2 dh la..nnti gemuk.hg tu dhla berisi sekarang"

cehhh paksu mentang2 sekarang ni dia maintain.xpe2.hehe.tapi kan, betul cakap paksu tu, mmg giler berisi kot dari dulu.xtau la nape.bygkan bula posa pun berat badan saya naik tau.huhu.abaikan....

nway, sangat hepi dilahirkan dalam family camni.biarpun masalah stg ke ape, bila kita duduk dalam family yg bhgia, masalah2 tu akan dapat diatasi.hope kehidupan akan terus hepi dan ceria.

Friday, October 23, 2009

ada 4 sebab!!!

Salam,

okey skrg tgh siap2 nak balik rumah.balik mlm ni, ahad ni dtg balikla.dekat ke rumah yg balik kejap je tu??xdela dekat...rumah kat kedah kot, tapi yela if balik lama2 xstdy pulak.so balik kejap hilgkn rindu dulu, dtgla balik.

sebab ape yang nak balik nie???semuanya ade 4 sebab!!

1) sebab sgt rindu mak, ayah, adik2, and semuala
2) sebab 25hb nov ni bday tok saya.so semua sedara2 dah sepakat nak balik dinner kat rumah tok 24hb tu untuk sama2 smbut bday tok..tapi tok xtau..SURPRISE OK
3) sebab nak amik restu nak exam
4) sebab ntahla...sbb nak balikla..


pic bawah ni time berbuka puasa di istana iskandariyah,kuala kangsar perak.dgn geng2 UM.





...o0o0ooo balik kampung...(mila sila tumpu OK!!)

Thursday, October 22, 2009

orang tu = bola skuasy

Salam,

petang tadi pegi maen2 skuasy kat court skuasy.dh nama pun main skuasy, mestila kat court skuasy kan.hehe.

sebenarnya rasa sakit hati sgt+nyampah+xselesa dgn sorang tu.xtau la kenapa.masa main skuasy tu, assume je bola tu cm orang tu, bedal habis-habisan bola tu..~~ngeee...wallawe..rase cm lega sbb dapat bedal orang tu.wlpun juz cam imagine je la.simulasi..hehe. dah lama kot hipokrit buat cm ok je, susah o0oo nak hipokrit ni.tapi tadi bedal sgguh2..wlpun bola je.haha..nway ayat best ~juz going with the flow~

nway best gak la men tadi.tq cikgu atie, ajar kami men.atie ni dah teror giler maen.maen ptg2 untuk segar mlm2 nak study..(konon2 nya la..mood study datangla..huhu)




mila and yanie



me and jibah


...majulah sukan untuk negara...hehe

Monday, October 19, 2009

mission completed!!!

Salam,

Yaaa....my assignment dah siap.semuanya dah setel.alhamdulillah.now kena fokus on study for de exam.juz around d corner.mila chaiyokk!!!!!mission completed!!!


ape kena gmbr kat bawah ni ngn entry..xde kena mengena..hehe.saya sedg menikmati kek bday saya di sarawak..luv it..




~mila sila belajar dengan tekun untuk final exam, killer paper byk OK!!..~

Friday, October 16, 2009

Jamuan Raya Fac Sains

Salam,

Hari jumaat tadi fac sains telah mengadakn jamuan raya untuk student fac sains. macam2 makanan n byk sgt.best gakla.walaupun xde kelas hari jumaat, tapi pegi gak join jamuan raya.dengan berkobar2 nak makan.tapi alih2 juz makan satay 2 cucuk n laksa separuh.coz tiba2 rasa kenyang.adeh....hehe.dahla makanan byk gilerr...perut lak kenyang.rugi betol.

setiap jabatan ade booth sendiri la.then student satu booth untuk hidang makanan.yg paling penting my feveret tetap ada.laksa utara...~ngeee.


bantu booth students hidang juadah makanan..


selamat datang ke open h0use fac sains..hehe




tiba2 ade soalan best punya, apsal baju ko pakai ni sama dengan baju time jamuan raya kk8??
sebabnyer???

1) ala..jamuan raya kk8 tu turun makan je, pastu naik bilik.kjap sgt.malas nak basuh baju tu lg so pakai la time hr ni.hr ni pun pakai kejap.balik ni baru la basuh.itula xmembazir air..xmembazir sabun..hehe


adoi..kant0i.budak2 ni perasan..~~ngeee



~raya 0h raya~

Thursday, October 15, 2009

Ermmm..YummmYY!!

Salam,

mari kita bercerita pasal makanan.ermm sluurrppp..yummy.hehe.my favourite food is laksa.ada gak yang tnya, apsal suka laksa.setakat ade ikan je kot dalam tu.bukannya apa pun.ermm..susah nak jawab.tapi kalau buat laksa kat rumah, mmg xlayan la nasi tu.cakap pasal laksa, my feveret semestinya la laksa utara@laksa penang.adeh mcm xsabar nak balik rumah nak makan laksa.

hari tu time p sarawak, org dah cuba laksa sarawak.mmg giler beza dengan laksa utara ok.laksa sarawak ni sedap jugak, kuah dia buat dgn udang.siap dlm laksa sarawak tu ade ayam lagik.tp laksa sarawak ni guna bihun berbeza sgtla dgn laksa utara.haha.tp mmg licin la makan.time tu pegi dgn farah(um), nad (um), kak mira(umk), a'ai(unimas), then ade sorg hep unimas.kitarg g mkan kat cafe hep unimas.

then ketua LO dah cari kami yg masuk lmbt time bengkel, sebab??? pegi mencari laksa sarawak.hehe.lepas makan tu terus g masuk bengkel.bgtau kawan2 ipta/ipts len, giler diarg jeles.hehe.

kesimpulannya i love laksa utara...

muke xle tahan...hehe..menikmati laksa sarawak



me and kak mira(uni malaysia kelantan)



p/s : jalan-jalan cari makan..hehe

Tuesday, October 13, 2009

kk8 open h0use

Salam,

semalam merupakan open house di kolej kediaman kinabalu (kolej 8).semua sekali.ok.disebabkan saya, jibah, yani, atie, yatie, and mekdah turun lambat, so kami xdpt table.then kena duduk bersila kat court bola keranjang.kira ok la tu.

makanan mmg byk sgt smpai xlarat nak makan.yg best ade feveret i...laksa penang ok.ni antara juadah yg sgt banyak tu.hehe




kami yang kekenyangan..adeh



me and jibah sebelum ke jamuan.biase la..bilik ni jadi parking sementara.kena daftr dulu kat sini sbeelum g mane2..




ermmm...smpai sini je.byk keja nak kena setel ni..jumpe lagi.

_....(@...._

Sunday, October 11, 2009

TAHNIAH UM!!!!!!!!!


Salam,

Tahniah untuk UM tercinta.


Universiti Malaya (UM) meletakkan Malaysia semula dalam senarai 200 universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 selepas melonjak sebanyak 50 tangga tahun lalu ke tangga 180 tahun ini.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, ranking itu bukan sahaja mengenalpastikan ranking tertinggi universiti di dunia, bahkan universiti yang cemerlang dalam subjek-subjek utama tertentu, menjadi sasaran para majikan, menghasilkan penyelidikan terbaik, melabur dalam pengajaran serta mempunyai profil antarabangsa.

Universiti tempatan lain yang turut meningkat rankingnya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menduduki tangga 320 berbanding 356 tahun lalu.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) jatuh antara satu hingga 41 tangga kepada kedudukan ke-291, 314 dan 345 masing-masing.


Dan UM jugak menjadi pemenang utama bagi Pecipta 2009


Universiti Malaya (UM) meraih Anugerah Perdana Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Antarabangsa 2009 (Pecipta 2009) pada satu majlis yang berlangsung di sini semalam.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ghauth Jasmon di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tempat berlangsungnya ekspo Pecipta 2009.

Dr. Ghauth yang ditemui kemudian menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada universiti dalam dunia kajian dan penyelidikan sejak universiti itu ditubuhkan.

"Anugerah ini pastinya menaikkan imej universiti dan kami akan terus berusaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan pendidikan di UM," katanya di sini hari ini.

Para pemenang dinilai berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan yang turut meliputi hasil kajian yang kreatif, pengiktirafan antarabangsa dan standard perkhidmatan.

Friday, October 9, 2009

Surprise Birthday Party!!





Salam,

Malam ni adalah malam terakhir di Sarawak.rasa sedih pun ade jugak.after malam penutup, semua peserta berkumpul di studio tarian bersama LO unimas. LO ni pelajar2 unimas yang guide kami sepanjang program.

LO semua cam berlakon konon2 ade kes serius la...nak panggil guard la...rupa2nya bukan guard yang datang.tapi kek yg datang.hehe. Birthday ni untuk 3 orang. Mila-UM ( 5 okt), Anne - UPNM (6 okt), and Mimit - Uitm Samarahan ( 10 okt).

Such a unforgettable memories, bersama kawan2 yang baru kenal dalam 8 hari ni, kami dah jadi rapat. TQ untik kawan2 yang sambut bday kami. Satu kenangan yang xdapat dilupakan di Unimas, Sarawak.

-Kamek suk Sarawak.Kamek sayang Sarawak-
TQ UNIMAS

Wednesday, October 7, 2009

Orang Ulu Sarawak???

Salam,

Now I'm still at Sarawak. For me Sarawak have many of unique cultures. First time I wear the costum of baju orang Ulu, I feel so excited. It give me an unforgettable experience. As a Malaysian we have to learn others cultures and appreciate it. So that we will be more understands others cultures and we can unite through it.


~Unity Through Diversity~




Monday, October 5, 2009

apa ada dgn 5 okt???

Salam,



-merenung masa depan..hehe (dalam bas unimas, tgh tgok cuaca yg tgh hujan lebat)


actually today is my bday.hehe.tapi sy berada di sarawak utk program seni dan warisan.dari 3 okt - 9 okt,.yg tu sy akan cita pada entry yg laen..tggu..hehe.hari ni nak cita ttg bday sy.huhu.ni la 1st time sambut bday kat sarawak.hehe.but tq to all my fren (diarg sgt best ok, walaupun baru knal).kami yg budak um pegi tiga org, tu pun baru kenal time nak pegi.then kwn2 laen dr ipta/ipts mlysia.malu giler time diarg nyanyi ramai2 lagu bday.tp malu2 kucing la.malu tp mau.hehe.tq kwn2.walaupun baru kenal tapi korang mmg best!!!.

ok la.dh penat sgt2 ni.nsb baek la bawak laptop dtg sini leh gak update.hehe..ok kitak mau tdo..hehe

ni la sebahagian kawan2 baru sy kat sarawak.dari pelbagai ipta/ipts.