Salam,
Setelah menamatkan pengajian, kami bakal2 guru menunggu untuk penempatan.memang lama ya nak tunggu.So mula la mencari keja sementara.Akhirnya dapat jugak.Sebagai penceramah jemputan starza(tp sbnrnya tugas dia lebihkurg cm fasilitator and pengajar) utk modul interasi di kem plkn selama seminggu iaitu dari tarikh 16 gos 2010-20 ogos 2010(time tu puasa).bayaran memang masyyuuukkkk...tapi yang lebih penting sebenarnya adalah pengalaman yang akan ditimba.(
Saya telah ditugaskan di kem plkn tegas mesra, perak bersama 7 org lagi penceramah.kami sbnrnya dah diingatkan bahawa pelatih2 kali ini mempunyai masalah disilin yang tinggi. dahla tengah bulan puasa ka.****naktau, ramai pelatih yang ditangkap tidak berpuasa...laki n pempuan,dua2 buat prngai..ya allah..
so kami perlu bersabar dengan setia sikap mereka.Sampai sana berkenalanla kami 8org:
mila, apai,kak sarah,hyeda,kak zue,firdaus,khairul,sorg lg dh lupe nama dia.hehe.(kami xpernah kenal sblum ni, then bila p sana baru berkenalan dan menjadi rapat selama seminggu). Sampai ja sana kami meeting cara pembahagian pelatih dan cara nak handle program selama seminggu ni.
Kat sana, mula2 tu mmg "kureng _ _ _ _" kbykan budak2 tu.xhormat lgsg.siap mencarut kat kami2 yg penceramah ni.Bayangkan sewaktu majlis penyerahan pelatih2 ni oleh komander kat sana kepada kami, diarang siap boleh mencarut2 lagi.sbb bg diarang kami ni diarang x takut sebab yang diarang takut adalah komander kem n jurulatih2 kem.kami semua dlm 8 org.km mmg dah diingatkan yg kbykan budak yg siri 3 ni mmg kureng skit.dalam hati ni xpe2 sabar. so lepas segerombolan budak2 tu dbhgikan kpda 8 gorup, kami penceramah ni amik la sorang satu group.
Then bawak masuk kelas. Di sini kami diingtkan menggelar pelatih plkn sbg wira dan wirawati. Dan para pelatih wajib memanggil kami sbg cikgu.itu adalah peraturan di dalam kem. Mula2 susah gila nak handle budak2 "buas" ni.Then ade sorg ni pelatih laki yg sgt kureng ok. Dia cakap "$#^^&&%$@#"...mencarut okeh.Dia siap amik botol air minum depan2 saya dan gelak siap cakap apa la cikgu puasa.(wira ni berbangsa cina).Saya tak salahkan dia jadi camtu sebab saya tau mesti ada punca yang buat dia jadi cmtu.Then menggunakan ilmu psikologi sy terus cakap,
Saya : "Wira, muka kamu nampak familiar. Macam sahabat saya di U dulu.Urmmm, saya rs sy nak lantik wira jadi ketua disiplin sepanjang program ni berjalan.sebab dr tadi sy tgok wira seorang yg berani dah boleh dipercayai.saya tertarik dgn perwatakan wira"
Wira J : "ermmm, cikgu lantik saya???cikgu percaya ngn saya?"...(tertumpah air yg dia minum).."lu tau arrr cikgu, saya ni tarak baik punya orang.apa pasal mau lantik saya.gila luuuuu"..(sakit nya hati saya, tp xpe sabar2..)
Saya : " Ya wira.wira kena berani amik tugas ni.wira kena pastikan semua pelatih turun kelas dan program tepat pada waktunya.tu pun kalau wira betul berani la.saya cabar wira jaga disiplin group ni.tapi kalau xberani jadi ketua disiplin ok la, saya nak lantik wirawati pulak..hai..takkan xberani kot"
Wira J : "Cikgu, u jgn ingt saya takut ka.Ok saya terima, "..(sempat lg dia jawab dgn kurenng ye.xpe2 sabar mila..sabar...)
So start dari tu si wira J ni mmg akan make sure gorup bawah saya ni dtg awal. Budak2 laen sgt takut ngn dia coz dia ni salah sorg otai di situ.siap ada tatu besar lg. Setiap kali ceramah n klas nak mula, dia akan kata "cikgu tgok cmna saya urus.semua dtg tepat masa"..Dalam hati rasa nak tergelak je.Bukan ape, taktik dah menjadi.kelas jadi aman damai, bdk2 dtg awal. si wira J dah xjd kurennnggg sbb sbg ketua disiplin dia mn bloeh kureeennnggg.klu x dia xlayak la....
Ada satu hari tu, saya masuk kelas. Kemudian semua wira/wirawati tengok saya pelik ja.Saya pun hairan.Bila saya nak duduk atas kerusi tiba2 sorang ni panggil saya.'Cikgu!!!!', Saya pun xjd duduk n tanya dia kenapa.Dia datang depan n cakap nak p toilet, dlm masa yg sama dia bg isyarat mata suruh saya tengok kat kerusi tu. Ya Allah, kerusi saya penuh dengan gam, n kotor. Tapi saya buat2 tak nampak. Then idea datanggggg...hehe
*(semua pelatih tau wira J yang letak, cuma diarang xberani nak bukak mulut bgtau, nasib baik si wira A ni baik)
Saya : Wira J, datang depan.amboi segak sungguh.ok, pelatih semua kena berpakaian segak camni.tgok ketua disiplin kamu, contohi dia(dalam hati rasa nak sekeh je..hehe). Wira J, since kamu ni nampak sgt berani dan merupakan ketua disiplin saya bagi penghargaan utk kamu. Semua pelatih duduk atas lantai ja, kamu saya bg duduk atas kerusi sebab senang sikit kamu nak tgok sapa yang buat hal dalam kelas saya.Ambil kerusi ni dan duduk di hujg sana"
Wira J : Tapa cikgu, saya mau duduk atas lantai.
Saya : Ok skrg bawa kerusi ni p duduk sana
Wira J : Cikgu....saya mau cakap sikit di luar boleh?
So di luar tu wira J cakap, cikgu apa pasal cikgu baik sama saya.Puji2 saya.Sebenarnya saya sudah mau buat jahat sama cikgu.itu kerusi saya sudah letak gam.Saya mau kasi cikgu malu.Tapi cikgu sgt percaya and baik sama saya.
Saya pun pura2 terkejut. owh yeke.Wira,kamu tak baik buat mcm tu.kita tak boleh aniaya org lain.Tak kira la dgn kwn2 satu kem or dengan org yg mngjar kamu.Semua yang ada di sini syg wira , jgn sampai semua org benci nanti bila kita dlm kesusahan semua org xnak tolong kita.Saya tau hati wira ni baik, cuma wira xsedar.So belajar menjadi seseorang yang berhati baik.
Then perjalanan program n ceramah hari tu pun diteruskan tanpa ada gangguan.Wira J pulak mcm mengalami krisis identity.Dia sbnrnya cuma nak berlagak otai.Tapi dalam hati dia ada taman..hehe. I mean hati dia tu baik.Kita la yang kena pupuk n biar dia tau yang mana baik n yang mana salah.
So banyak kenangan bersama mereka2 ini yang mematangkan saya sebagai seoarg guru nanti. yang paling terharu wira J cakap, cikgu sampai hari ni saya hairan kenapa cikgu seorang saja yg percaya saya dan bg jawatan kat saya.saya ni jahat tau cikgu.sy ni otai.semua org takut dengan saya.saya buat mcm2 kes dlm kem ni.jurulatih kem selalu denda saya.tapi saya bangga ooo cikgu bila kena denda sebab baru semua org tau saya berani. aisehhhhh camtu lak si wira J ni define keberanian.
Saya dengan slumber jawab..."wira, sebenarnya kamu ni sgt istimewa sbb boleh semua org akur perintah kamu.cuma salahnya bila kamu tak hormat dengan org2 yg sepatutnya kamu hormat.kamu x jahat cuma kamu nakal.lagipun cikgu susah tau nak percaya dengan org, tapi tgok kamu cikgu dah yakin kamu pelatih yang hebat sebab tu cikgu lantik kamu sbg ketua disiplin.lagi satu keberanian bukan bermksud kamu buat salah n didenda menunjukkan kamu berani.tapi bila kamu nasihat benda yang betul buat benda yang baik sampai semua orang boleh berubah jadi baik, tu batu berani.berani membuat perubahan ke arah yang baik."..(sy ni bknnnya reti ckp n nsht sgt..idea n ayat ape yg dtg hentam ja...hehe)
dalam ni ade muke wira J...hehe
walaupun sikap wira J saya xdapat ubah sepenuhnya, namun saya bangga bila wira J dah mula fikirkn untuk berubah.Ok la kan, dari dia xsedar diri langsung.haha.Dia pun selalu chat di fb saya tanya kabar saya and cerita hal dia.(sekrg ni diarg dah hbis latihan.diarang hbis dlm bulan 10 or 9 tah thn lepas).mana2 yang boleh sy nasihat, saya nasihat.demi kebaikan dan keharmonian dalam negara.supaya mereka menjd insan yang berguna.
Apa yang ingin saya tegaskan adalah sebagai warga pendidik, kita harus menangani sesuatu mslh dengan sabar dan fikiran yang waras. Jangan terlalu emosional dan bertindak dengan bijak dalam menyelesaikan mslh pelajar. pelajar sekarang sebenarnya tidak seperti yang kita sangkakan.semuanya unsangkarable.mcm2 diarang boleh buat.kita yang perlu bijak tangani.(kunun2nya la...hehe)
Okla, sekadar berkongsi cerita..=)
Wednesday, January 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nak tiru gak lah buat cara mila. hehe =)
salam,
camner ye nk apply jd penceramah kt starza tu?
leh bg tips?
thx~
Post a Comment