Pages

Sunday, October 11, 2009

TAHNIAH UM!!!!!!!!!


Salam,

Tahniah untuk UM tercinta.


Universiti Malaya (UM) meletakkan Malaysia semula dalam senarai 200 universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 selepas melonjak sebanyak 50 tangga tahun lalu ke tangga 180 tahun ini.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, ranking itu bukan sahaja mengenalpastikan ranking tertinggi universiti di dunia, bahkan universiti yang cemerlang dalam subjek-subjek utama tertentu, menjadi sasaran para majikan, menghasilkan penyelidikan terbaik, melabur dalam pengajaran serta mempunyai profil antarabangsa.

Universiti tempatan lain yang turut meningkat rankingnya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menduduki tangga 320 berbanding 356 tahun lalu.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) jatuh antara satu hingga 41 tangga kepada kedudukan ke-291, 314 dan 345 masing-masing.


Dan UM jugak menjadi pemenang utama bagi Pecipta 2009


Universiti Malaya (UM) meraih Anugerah Perdana Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Antarabangsa 2009 (Pecipta 2009) pada satu majlis yang berlangsung di sini semalam.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ghauth Jasmon di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tempat berlangsungnya ekspo Pecipta 2009.

Dr. Ghauth yang ditemui kemudian menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada universiti dalam dunia kajian dan penyelidikan sejak universiti itu ditubuhkan.

"Anugerah ini pastinya menaikkan imej universiti dan kami akan terus berusaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan pendidikan di UM," katanya di sini hari ini.

Para pemenang dinilai berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan yang turut meliputi hasil kajian yang kreatif, pengiktirafan antarabangsa dan standard perkhidmatan.

0 comments: