Pages

Thursday, February 26, 2009

Bila Diri Dilanda Kebizian

Salam,

Semalam mak and ayah call...diarang tanya soalan cepu mas.."kak, bila nak balik"..huhu
Ya Allah, sedih and sebak rasa, dalam hati ni Tuhan je tau.Then org jawab dengan cover kesediah and dengan tenangnya.."ok, nanti mila bgtau lain bila nak balik, sebab ada keja skit"...Adik2 tanya..semua tnya bila nak balik. Last balik rumah time cuti midsem hari tu.hujung Januari.

Ok bukannya xnak balik..tersgt2 la nak balik..ok cuba liht je sebab2 xle balik.

* weekend minggu lepas : JMK (jawatankuasa mahasiswa kolej Harun Aminurrashid dari UPSI) datang nak wat diskusi dengan JTK kolej 8. Presiden xde sebab ade temuduga on dat day, so xkan org nak tggal cmtu je kan...ermmm.terpaksala..coz org kena jadi pengerusi time diskusi tu.


*weekend minggu ni :kena siapkan assignment + ade test hari rabu ni + kena hadir majlis penutupan projek alam sekitar+kena hadir projek 8thplorace Intervarsity yang disertai oleh uni terdekat and wat around KL (mencabar tahun nie..nantikan..hehe)..


So mmg xsempat nak balik n busy...

Bulan mac lagi la....

14 Mac : Malam Anugeerah Kinabalu fasa 1
19 mac : Malam Anugerah Kinabalu fasa 2
20,21,22 mac : Program Baktisiswa kat Ulu Langat..(org lak jadi sekretariat ni)

Actually Malam Anugerah Kinabalu is under my pemantauan, so xkan nak balik cmtu je, mesti kena tlg2 pengarah untuk selesaikan ape2 bnda kan. coz weekend akan datang ni akan ade rehearsal untuk malam anugearh tu, so mggu depan xleh balik jugak.

Then ade viva untuk lab fizik..yg nie kena study n sedia betul2.

So, bulan april je kot yang leh balik. Tapi dh sibuk nak prepare exam.

to my beloved mum and dad,
i'm very sorry...but i will always to call you eventhough can't back to my best home.
as a only daughter, i will always try to make u the happy parents in the whole universe!!!

InsyaAllah. bulan 4 nie ke, mila balik ek..tggu...


sayang mak, ayah, adik...and...( - - - - - - - - - - -)..hehe. saje bagi susupen..isila tempat kosong..haha.




saya sayang mak dan ayah saya..syg sgt2..


-Zolkiflee, Zarina, Nur Sharmila, Mohd Syarmizi, Mohd Syamer Aswad, Mohd Syamer Asyraf dan ----- ------ -

ok...study2...chaiyok..!!.aja aja fighting!!

Thursday, February 12, 2009

Tazkirah Sebentar Ya..

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.


Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.


Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.


Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.


Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.


Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.


Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan.


Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit




Ape la yang diketawakan oleh kucing nie??



Ermmm..panjang lagi nie.tapi kwn2 semua boleh terus smbung pembacaan ikut link ni yek

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19196&Itemid=91


RENUNG2KAN..DAN SELAMAT BERAMAL

Friday, February 6, 2009

ape ape aje..(",)

Salam..

Mila : oit wanie , umai..hari ni bday aku..
wani + umai : buat muka terkejut...
mila : haha...hari lahir dlm bulan islam..5 oktober 1987 bersamaan 11 safar
wani + umai : oooo...

haha..yela selalunya kita ingat hari lahir kita ikut kalendar ni je.tp rmai yg xingt hari lahir dlm bulan islam...so sengaja coretkan bnda ni..nway happy birthday to me..11 safar...(",)


kisah si sayed

nak selitt gak pasal budak ni..hehe

ok..hari selasa dia xhdir lab.hari kamis dia dtg dgn selambanya.then u all know ape dia ckp.

sayed : hi mila...miss u..(sambil senyum and smbil hndak bersalam dgn org)
mila : (muka terkejut...apsal si sayed ni..nak salam2 lak...dia xtahu ke xboleh)..ermmm.. oh sorry
sayed :(sayed pun tarik balik tgn dia)...oh it's ok...may i asksome questions...did u shake hand with ur uncle..it's can or not?
mila : (la..dia ni islam ke ape...xkn xtau)..yup.(sambil angguk kepala)..ermm..lets doing the experiment...(cepat2 nk wat experimant coz mls nak lyn dia..ahakz...)


hurmmm....heranla..si sayed ni mcm xtau sgt pasal hukuk hakam ni. xpela sayed..cuma tlg jgn susahkan saye ek time experiment. aduh...kesian kat dia pun ade gak, ade ke patut xhntar 7 lab report, aduhh...awak kena belajar sgguh2 sayed, jgn main2..dhla iran dgn mlysia tu jauh.

berletel n membebel lak...haha..

ok c u...da~~~