Pages

Wednesday, July 29, 2009

Dua akan kembali, Satu akan Bersama!!!

Salam,


SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan

· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'


Ketika MayatDiusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'


Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'


Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .

· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.


Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, 'Wahai Jiwa Yang Tenang

· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Aktiviti keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

~Renung2kan..dan Selamat Beramal~

Saturday, July 11, 2009

Its Not Wrong If We Falling Down

Salam,

Disebabkan ada masa yang lebih di awal sem ni, so sy telah menonton satu drama jepun yang bertajuk 1 Litre of Tears. Actually drama ni memang touching habis-habisan la. My advice if nk tgok movie ni sediakan tisu sekotak…(“,).

Cita ni lebih kurang cmnila, tentang seorang gadis bernama Ikeuchi Aya. Aya memang sgt2 aktif kat sekolah. Aktif main bola keranjang, menjadi ketua kelas, pandai, sangat disayangi guru dan kawan2 kelas. Aya berumur 15 tahun. Mempunyai family yang sangat sayang kat dia, ada 3 oarng adik, 2p and 1 L.

Kehidupan Aya memang happy and ceria sehinggalah dia dikesan mempunyai penyakit saraf tunjang, dlm saintifik lupa lak nak sebut cmna. But she was upset after she knows that until now the disease is not uncurable yet. Belum ada ubat yang boleh sumbuhkan. Penyakit ini lama kelamaan akan buat seseoarng itu, xle berjalan, xle bercakap, dan akhirnya terlantar di katil menunggu saat utk mati. Doktor hanya boleh melambatkan proses kematian shja.

Aya sangat tabah menerima penyakit ini. Aya cakap “Its not wrong if we falling down, because we can to stand up again”. All matters in this world can be solve if we really need to do so. Penderitaan Aya dlm mengahrungi hidup sangat memilukan. Doisebabkan menghidapi penyakit ni, dia kehilangan lelaki yang dia minat, sbb laki tu tau penyakit Aya so dia tggalkan Aya. Mula2 Aya memangla sedih tapi Aya cakap tu hanya satu yang dia sedih, bila dia hidap penyakit ni sebenarnya dia akan lebih tahu tentang erti setia dan kasihsayang. Family Aya sgt setia menemani Aya dan sama2 menghadapi masalah. Macam tu jugak kawan baik Aya, terutam Mari-san yang sanggup bersama2 Aya dalam kesusahan. Dan juga seorg lelaki yang minat Aya, iaitu Ojou, yang sama2 sokong Aya. Now Aya lebih tahu yang dia sgt disayangi. Kisah ini diakhiri dengan kematian Aya. Disebabkan ini, Ojou telah belajar di sekolah medical untuk berupaya mencari ubat menyembuhkan penyakit ini supaya orang lain tidak menderita seperti Aya. Saat kematian Aya sangat memilukan, cmna dia tabah terima dugaan cmna dia berusaha menjalani rawatan dan melawan penyakit dia walaupun dia tau yang penyakitnya xle disembuhkan.

My dear blog,

Kisah Aya boleh kita jadikan sebagai pengajaran. Kadangkala dlm hidup tidak semestinya kita dapat apa yang kita nak. Dan bila sesuatu berlaku sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian.Kadang2 kita selalu fikir kenapa kita yang diuji tetapi tau x yang Allah Lebih Mengetahui hamba-NYA.Kita sebagai manusia cuba terima dan cuba berusaha mengatasi sesuatu yang menimpa, dan InsyaALLAH dengan bantuan dari NYA segalanya akan dapat diselesaikan. Xsalah bila kita ditimpa sesuatu dan diuji , sebab kita boleh bangun balik dan ia menjadi pengalaman berguna dalam menghadapi kehidupan seharian. “Its not wrong if we falling down, because we can stand up again”.

Lovely fren...

"Did" is word of achievement.....
"Can't" is word of defeat ......
"should " is word of duty .......
"Will" is word of beauty .....
"Can" is word of power !!!

Lovely fren..

When it rains all birds occupy sheltar but EAGLe is the only bird that avoids the rain by flying above the cloud. Problmes are common to all but attitude makes the difference

Lovely fren...

If you stand for a reason, be prepared to stand alson like a tree,
If you fall on the ground, fall as seed that grows back to fight again


My lovely fren,

Dalam hidup jika ditimpa masalah atau musibah, yakinkan dlm diri anda yg kamu boleh mengatasi dan boleh melakukan.YES YOU CAN!!


....chaiyok mila!!...aja aja fighting!! fighting!!

Thursday, July 9, 2009

Renungan Bersama

Salam,

Actually sy dapat emel ni dari kwn.Budak KK8 gak.nm penuh xingat, tapi nama panggilan dia Yen.emel ni quite menarik, so better sy pos kan utk tatapan bersama.

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu


*renung2kan dan selamat beramal..(",)

PPSMI..what ur opinion???

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang
Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya. Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
berarak ke Istana Negara.


sumber :http://www.malaysiakini.com/news/108063

Tuesday, July 7, 2009

Sem Baru Semangat Baru!


Salam,

Now sy dh berada di tahun akhir..untuk kos sains dengan pendidikan adalah 4 tahun.so ini bermakna dah tahun ke 4 a.k.a final year.dah lama la sy berada di UM ni.haha.semoga final year ni akan dapat lakukan yang terbaik dalam exam.then tahun depan jugak latihan mengajar.kalau dengar cerita senior2, ada yang gerun dan ada yang best.Cmna agaknya bila saya jadi cikgu nanti???nantikan...hehe.

Untuk sem baru ini..semoga kehidupan akan lebih ceria., lebih bersemangat, dan mendapat keputusan yang baik. chaiyok mila!! aja aja fighting...fighting!!..(",)